Program UTM

HURAIAN PENGAJIAN 

UTM merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang unggul dalam bidang kejuruteraan, Sains dan Teknologi di Malaysia. UTM ditubuhkan pada 14 Mac 1972 dengan nama Institut Teknologi Kebangsaan yang kemudiannya ditukar kepada Universiti Teknologi Malaysia pada 1 April 1975. Kini UTM mempunyai 2 kampus iaitu Kampus Skudai, Johor yang merupakan kampus induk dan kampus cawangan di Jalan Semarak, Kuala Lumpur yang juga dikenali sebagai Kampus Kota atau “City Campus”.

Semenjak Konvokesyen yang pertama pada tahun 1972 hingga kini, UTM telah menghasilkan lebih 98,840 orang graduan terutamanya di bidang kejuruteraan dan Teknologi. Ini menjadikan UTM sebagai penyumbang tenaga kerja profesional dan separuh profesional di negara yang utama hingga kini.

UTM akan meneruskan kecemerlangan melalui teknologi dan mempelopori serta menerajui perkembangan akademik juga teknologi negara ini.

  • Kelebihan Program Usahasama
  • Syarat Kemasukan
  • Pelajar yang tamat pengajian akan dianugerahkan Diploma dalam Istiadat Konvokesyen di UTM, Skudai.
  • Sijil Tamat Kursus (Diploma) akan dikeluarkan oleh UTM induk.
  • Laluan terus ke Ijazah Sarjana Muda ke UTM induk selepas tamat diploma di kolej-kolej bersekutu.
  • Bagi menjaga kualiti, pihak UTM mengadakan pemantauan secara berterusan secara tahunan.
  • Pelajar boleh memohon pembiayaan pinjaman PTPTN.

Diploma Pengurusan Teknologi (N/345/4/1119)(MQA/PA1164)05/2024

A. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/SPMV) atau kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan Malaysia dengan mendapat Lima (5) kepujian termasuk:

  • Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu;
  • Kepujian dalam mata pelajaran Matematik; DAN
  • Kepujian dalam mana-mana Tiga (3) ATAU Empat (4) mata pelajaran lain yang ditetapkan oleh Universiti.
  • Syarat Tambahan:
    1. Pelajar perlu mengambil dan lulus kursus pengukuhan Matematik Asas sebelum menamatkan pengajian; ATAU
    2. Pelajar perlu mengambil semula kertas Bahasa Melayu di peringkat SPM dan mendapat sekurang-kurangnya kepujian sebelum menamatkan pengajian.

ATAU

B. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/SPMV) atau kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat Empat (4) kepujian termasuk:

  • Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu;
  • Kepujian dalam mata pelajaran Matematik; DAN
  • Kepujian dalam mana-mana Dua (2) ATAU Tiga (3) mata pelajaran lain yang ditetapkan oleh pihak Universiti sebelum menamatkan pengajian; ATAU
  • Syarat Tambahan:
    1. Pelajar perlu mengambil dan lulus Satu (1) kursus pengukuhan yang ditetapkan oleh pihak Universiti sebelum menamatkan pengajian; ATAU
    2. Pelajar perlu mengambil dan lulus kursus pengukuhan Matematik Asas sebelum menamatkan pengajian; ATAU
    3. Pelajar perlu mengambil semula kertas Bahasa Melayu di peringkat SPM dan mendapat sekurang-kurangnya kepujian sebelum menamatkan pengajian. 

ATAU

C. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/SPMV) atau kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat Tiga (3) kepujian termasuk:

  • Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu;
  • Kepujian dalam mata pelajaran Matematik; DAN
  • Kepujian dalam mana-mana Satu (1) ATAU Dua (2) mata pelajaran lain yang ditetapkan oleh Universiti.
  • Syarat Tambahan:
    1. Pelajar perlu mengambil dan lulus Dua (2) mata pelajaran lain yang ditetapkan oleh pihak Universiti sebelum menamatkan pengajian; ATAU
    2. Pelajar perlu mengambil dan lulus kursus pengukuhan Matematik Asas dan Satu (1) kursus pengukuhan lain yang ditetapkan oleh pihak Universiti sebelum menamatkan pengajian; ATAU
    3. Pelajar perlu mengambil semula kertas Bahasa Melayu di peringkat SPM dan mendapat sekurang-kurangnya kepujian sebelum menamatkan pengajian.

ATAU

D. Lulus Pra Diploma dengan semua kursus mendapat sekurang-kurangnya Gred C.

  • Pelajar perlu mengambil semula kertas Bahasa Melayu di peringkat SPM dan mendapat sekurang-kurangnya kepujian sebelum menamatkan pengajian jika diterima masuk tanpa mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu.
  •